Selasa, 9 Disember 2014 | 1:36pm
Naib Presiden II PERDASAMA, Datuk Naim Mohamad. - Foto Abdullah Yusof
Naib Presiden II PERDASAMA, Datuk Naim Mohamad. - Foto Abdullah Yusof

Lebih 200 syarikat China di PWTC mulai Khamis ini

KUALA LUMPUR: Pameran Eksport Fujian dan Zhejiang yang diadakan sempena Pameran Penjenamaan Antarabangsa Malaysia ke-11 bermula Khamis ini di PWTC, menyediakan platform terbaik kepada usahawan tempatan yang meninjau untuk mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran China dan antarabangsa.

Pameran itu yang dianjurkan secara bersama Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA) dengan ES Event Management Sdn Bhd, Dewan Perdagangan Bagi Import dan Eksport Fujian dan Jabatan Perdagangan Wilayah Zhejiang, menyediakan peluang kepada usahawan tempatan untuk menjalin kerjasama dengan syarikat yang berpangkalan di Fujian dan Zhejiang untuk menembusi pasaran China.

Naib Presiden PERDASAMA, Datuk Naim Mohamad, berkata ekspo perdagangan itu diadakan bertujuan mengukuhkan perdagangan antarabangsa dan industri kedua-dua negara.

Beliau berkata, pameran itu memberi peluang kepada pengusaha untuk mendapatkan maklumat dan bekerjasama dengan pengilang dari China tanpa perlu ke sana.

"Lebih 100 syarikat dari Fujian dan lebih 100 syarikat dari Zhejiang akan menyertai pameran ini. Syarikat dari kedua-dua wilayah ini juga berminat untuk menjalin kerjasama dengan syarikat tempatan untuk mengembangkan perniagaan mereka," katanya kepada BH ketika ditemui baru-baru ini.

Berita Harian X