Isnin, 17 November 2014 | 1:59pm
HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah pada tengah hari ini susulan permintaan lemah, diterajui oleh Genting. - Foto hiasan/Surianie Mohd Hanif
HARGA saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah pada tengah hari ini susulan permintaan lemah, diterajui oleh Genting. - Foto hiasan/Surianie Mohd Hanif

Saham KL rendah pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dengan ditutup rendah pada tengah hari ini susulan permintaan lemah, diterajui oleh Genting.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) pada 1,811.22, turun 2.57 mata selepas berlegar antara 1,810.52 dan 1,814.58.

Genting yang mengheret turun indeks komposit sebanyak 1.96 mata, susut 30 sen atau 3.25 peratus kepada RM8.92, dengan 1.049 juta lot diurusniagakan.

Peniaga berkata sentimen di Bursa, serta pasaran saham Asia lain terjejas oleh data pertumbuhan tidak memberangsangkan dari Jepun.

Beliau juga berkata peserta di pasaran tempatan memilih untuk tidak memasuki pasaran menantikan faktor-faktor positif untuk memacu pasaran, sebelum mengambil sebarang kedudukan.

Ini membawa kepada dagangan kecil pada sesi pagi dengan jumlah dagangan pada 675.13 juta saham bernilai RM522.46 juta.

Kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 349 kepada 267, manakala 281 kaunter tidak berubah, 793 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 20.36 mata kepada 12,514.54, Indeks FBMT100 merosot 19.65 mata kepada 12,182.21, dan FBM 70 turun 31.13 mata kepada 13,607.58. Bagaimanapun, FBM Ace meningkat 44.4 mata kepada 6,418.37.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan merosot 29.99 mata kepada 16,382.73, Indeks Perladangan turun 20.13 mata kepada 8,346.15, dan Indeks Perusahaan susut 15.53 mata kepada 3,281.46.

Bagi saham wajaran tinggi, Public Bank meningkat enam sen kepada RM18.26 dan Sime Darby menokok dua sen kepada RM9.64.

Maybank turun satu sen kepada RM9.55, dengan TNB dan Axiata, masing-masing tidak berubah kepada RM13.52 dan RM7.05.

Dalam kalangan saham cergas, Muhibbah Engineering turun 31 sen kepada RM2.25, manakala IFCA MSC menokok 4.5 sen kepada 80.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X