Isnin, 13 Oktober 2014 | 1:45pm

FBM KLCI ditutup rendah pada akhir sesi pagi

KUALA LUMPUR: FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) ditutup rendah pada akhir sesi pagi hari ini, selari dengan pasaran ekuiti di Asia berikutan tekanan jualan berterusan saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, indeks petunjuk pasaran berada pada 1,803.71, turun 5.17 mata selepas bergerak antara 1,800.47 dan 1,808.95 di sepanjang sesi pagi.

Di bursa serantau, Nikkei 225 Jepun turun 1.15 peratus kepada 15,300.55, Hang Seng Hong Kong turun 0.64 peratus kepada 23,940.82 manakala Straits Times Hong Kong susut 0.71 peratus kepada 3,201.

Di papan skor, Indeks Perladangan turun 82.16 mata kepada 8,093.09, Indeks Kewangan meningkat 14.67 mata kepada 16,774.24 manakala Indeks Perusahaan susut 33.04 mata kepada 3,096.34.

FBM ACE susut 139.36 mata kepada 6,513.89 dan Indeks FBM Emas turun 56.74 mata kepada 12,503.39 manakala FBM Emas Syariah merosot 79.27 mata kepada 12,799.95.

Indeks FBMT100 susut 44.77 mata kepada 12,154.41 dan FBM 70 turun 88.2 mata kepada 13,663.55.

Jajaran pasaran adalah negatif, dengan kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 672 berbanding 118, manakala 220 kaunter tidak berubah, 582 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 872.91 juta saham bernilai RM760.79 juta.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM9.67 dan TNB susut enam sen kepada RM12.50, manakala Public Bank melonjak 22 sen kepada RM18.50 dan Axiata untung lima sen kepada RM7.12.

Antara saham aktif, DGB Asia menambah setengah sen kepada 15.5 sen, Sumatec Resources dan XOX masing-masing turun setengah sen kepada 37 sen dan 7.5 sen dan PDZ Holdings susut satu sen kepada 27.5 sen. - BERNAMA

Berita Harian X