Jumaat, 19 September 2014 | 3:32pm
Yong Kong (dua dari kanan) pada perasmian Mercedes-Benz C-Class peringkat negeri Kedah. - Foto Amran Hamid
Yong Kong (dua dari kanan) pada perasmian Mercedes-Benz C-Class peringkat negeri Kedah. - Foto Amran Hamid

CCB sasar jualan 500 unit Mercedes-Benz di zon utara

Mercedes-Benz C-Class, C200 Avantgarde. - Foto Farizul Hafiz Awang
Mercedes-Benz C-Class, C200 Avantgarde. - Foto Farizul Hafiz Awang

ALOR SETAR: Lowe Motors Sdn Bhd (Lowe Motors), anak syarikat Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) menyasarkan jualan 500 unit kenderaan Mercedes-Benz di zon utara tahun ini.

Jumlah itu termasuk kira-kira 250 tempahan bagi zon utara yang merangkumi Pulau Pinang, Kedah dan Perlis untuk model C-Class serba baharu yang dilancarkan di Malaysia kelmarin.

Pengurus Besar (Operasi Runcit) CCB, Amand Ng, berkata sebanyak 150 tempahan bagi zon utara sudah diterima sebelum pelancaran dan syarikat menjangkakan 100 tempahan lagi selepas pelancaran model baharu C-Class peringkat negeri Kedah.

"Sebagai model terlaris Mercedes-Benz, syarikat menjangkakan C-Class baharu yang ditawarkan dalam dua varian, C200 dan C250 akan menarik minat pengguna di zon utara.

"Ketika ini model C-Class diimport sepenuhnya (CBU) namun saya difahamkan sudah ada perancangan mengeluarkan unit pemasangan tempatan (CKD)," katanya selepas pelancaran C-Class baharu di sini.

Majlis pelancaran disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, Kesihatan dan Perpaduan negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong, bagi mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

C200 dijual pada harga atas jalan tanpa insurans RM285,888 manakala harga atas jalan tanpa insurans C250 ialah RM314, 888.

Berita Harian X