Isnin, 11 Ogos 2014 | 3:14pm
Kuala Lumpur 11 August 2014. Pengurus Besar Pemasaran QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Kelvin Hong (C) dengan pelayan KFC pada pelancaran hidangan baru KFC Bangkok Chicken & Zinger green Curry Burger .NSTP/ S.Sugumaran[FOTO S.Sugumaran /BH]
Kuala Lumpur 11 August 2014. Pengurus Besar Pemasaran QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd Kelvin Hong (C) dengan pelayan KFC pada pelancaran hidangan baru KFC Bangkok Chicken & Zinger green Curry Burger .NSTP/ S.Sugumaran[FOTO S.Sugumaran /BH]

KFC sasar kempen Tasty Travels loncak jualan 15 peratus

KUALA LUMPUR: QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd, pengendali rangkaian restoran makanan segera KFC, menyasarkan peningkatan jualan 15 peratus susulan pelancaran kempen terbaharu 'KFC Tasty Travels'.

Pengurus Besar Pemasaran KFC Kelvin Hong Kim Hoong, berkata sasaran itu didorong oleh pelbagai kombo makanan yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat Malaysia.

Kempen KFC Tasty Travels yang berlangsung selama sebulan bermula hari ini mempromosikan KFC Bangkok Green Curry Chicken Meals dan Burger Zinger Green Curry.

Sementara itu mengulas isu berkaitan, Hong menegaskan kempen memulaukan syarikat yang didakwa menyokong rejim Zionis, tidak menjejaskan perniagaan KFC.

"Penjualan produk keluaran KFC masih pada tahap yang stabil dan berjalan seperti biasa.

"Kita tidak melihat kesan daripada kempen itu terhadap KFC berikutan KFC adalah syarikat konglomerat milik penuh Johor Corporation dan kami tidak membayar sebarang yuran francais kepada KFC Corporation," Hong memberitahu media selepas pelancaran kempen 'KFC Tasty Travels' di sini.

Beliau turut menegaskan bahawa KFC tidak menyokong sebarang bentuk aktiviti politik.

Mengulas kesan jangka panjang boikot itu terhadap KFC, Hong berkata syarikat sudah merancang untuk melancarkan tiga hingga empat kempen menjelang hujung tahun ini. Semua kempen itu akan mempromosikan makanan Asia," katanya.

Mengikut Hong setakat ini 11,000 pekerja KFC dan 7,000 pekerja Pizza Hut adalah rakyat Malaysia yang bekerja di hampir 300 restoran makanan segera itu di seluruh negara.

QSR Brands adalah pemegang lesen francais kepada 700 restoran KFC di Malaysia, Singapura, India dan Kemboja.

QSR turut terbabit dalam pengeluaran baka dan ladang kontrak ayam daging, pusat penetasan ayam dan pemprosesan serta pelbagai perniagaan sampingan termasuk pengeluaran sos.- BERNAMA

Berita Harian X