Selasa, 5 Ogos 2014 | 1:46pm

Saham KL tinggi pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini sejajar dengan kebanyakan pasaran serantau.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.96 mata kepada 1,874.84, selepas bergerak antara 1,872.14 dan 1,875.48 dalam sesi pagi.

Suasana pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 428 berbanding 320 dengan 316 kaunter tidak berubah dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 1.66 bilion saham bernilai RM976.84 juta.

Kebanyakan saham serantau jatuh susulan satu kaji selidik yang menunjukkan pertumbuhan sektor perkhidmatan China merosot kepada 50.0 pada Julai daripada paras tertinggi dalam tempoh 15 bulan pada 53.1 yang dicatatkan pada Jun.

Nikkei 225 Jepun turun sebanyak 0.33 peratus kepada 15,425.32, Hang Seng Hong Kong susut 0.11 peratus kepada 24,572.63, tetapi Straits Times Singapura naik 0.28 peratus kepada 3,327.67.

Di papan skor, Indeks kewangan susut 21.42 mata kepada 17,400.34, dan Indeks Perusahaan turun 2.21 mata kepada 3,208.77.

Indeks Perladangan meningkat 4.5 mata kepada 8,944.88.

Indeks FBM Emas susut 7.60 mata kepada 13,110.69, Indeks FBMT100 turun 8.76 mata kepada 12,671.76, FBM Ace berkurangan 33.73 mata kepada 7,097.93 dan FBM 70 jatuh 18.81 mata kepada 14,388.7.

Dalam kalangan kaunter cergas, Daya Materials menokok satu sen kepada 33 sen, DGB Asia meningkat 1.5 sen kepada 12.5 sen dan Sumatec turun 1.5 sen kepada 48 sen.

Talam Transform dan MAS tidak berubah masing-masing pada 13.5 sen dan 23 sen.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Axiata naik dua sen setiap satu masing-masing kepada RM19.84 dan RM6.96.

Maybank turun satu sen kepada RM9.97, TNB susut dua sen kepada RM12.38 dan CIMB berkurangan tiga sen kepada RM6.99.-BERNAMA

Berita Harian X