Khamis, 21 Ogos 2014 | 2:59pm

Saham KL rugi penutupan sesi pagi

Saham KL rugi penutupan sesi pagi

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia mencatatkan kerugian semasa mengakhiri sesi pagi hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung, kata para peniaga.

Mereka berkata pasaran serantau, kecuali Jepun, juga rendah susulan keputusan kajian pembuatan China yang kurang memberangsangkan.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.17 mata semasa mengakhiri sesi pagi hari ini kepada 1,872.72 mata. Ia turun naik antara 1,872.02 dan 1,878.42 sepanjang sesi.

Antara saham paling rugi, Kuala Lumpur Kepong susut 70 sen kepada RM23.16, PPB Group merosot 26 sen kepada RM14.86 dan IOI Corporation berkurangan 23 sen kepada RM4.77.

Seorang peniaga berkata pembetulan yang berlaku sekarang pada saham berharga murah mungkin menjejaskan sentimen keseluruhan pasaran dan menggalakkan kegiatan pengambilan untung dalam jangka terdekat.

Di papan skor, Indeks Kewangan meningkat 14.55 mata kepada 17,455.289 tetapi Indeks Perusahaan merosot 13.39 mata kepada 3,263.51 dan Indeks Perladangan turun 156.97 mata kepada 8,663.27. Indeks FBM Emas Index susut 31.57 mata kepada 13,086.1, Indeks FBMT100 meningkat 35.13 mata kepada 12,654.94, FBM 70 turun 14.81 mata kepada 14,360.06 manakala FBM Ace berkurangan 14.05 mata kepada 7,017.77. Saham rugi mengatasi untung pada 395 berbanding 332, dengan 324 kaunter tidak berubah, 592 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung. Jumlah dagangan pada 1.601 bilion unit bernilai RM1.0 bilion. Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut dua sen kepada RM10.06, manakala Public Bank menokok dua sen kepada RM19.36 dan Tenaga merosot dua sen kepada RM12.40.

Antara saham aktif, Sumatec menokok 3.5 sen kepada 47.5 sen, PDZ Holdings naik 2.5 sen kepada 32 sen dan Globaltec menambah setengah sen kepada 12.5 sen.

-- BERNAMA

SOR NN NHD 21/08/2014 14-06ST

Berita Harian X