Khamis, 2 Oktober 2014 | 9:07am

10 maut apabila kilang bahan letupan meletup di Bulgaria

SOFIA: Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila sebuah kilang bahan letupan meletup di timur laut Bulgaria semalam.

Setiausaha Agung Kementerian Dalam Negeri Svetlozar Lazarov, memberitahu radio tempatan beberapa orang lagi mungkin tercedera tetapi tidak menyatakan jumlahnya.

Kira-kira 15 pekerja dipercayai berada di tempat kejadian yang berlaku berhampiran kawasan luar bandar di Gorni Lom, di daerah Vidin.

Menteri Dalam Negeri Yordan Bakalov berkata kedua-dua pemilik kilang berkenaan juga berada di tempat kejadian.

Maklumat daripada hospital berdekatan menyatakan sekurang-kurangnya tiga pekerja cedera dalam kejadian itu, yang terletak kira-kira 80 kilometer di utara bandaraya Sofia.

Kilang persendirian itu melakukan kerja secara kontrak untuk tentera Bulgaria, dengan memusnahkan simpanan peluru lama.

Punca letupan masih belum diketahui tetapi Kementerian Dalam Negeri menegur 'kekurangan disiplin' di kilang berkenaan, selepas enam orang cedera dalam letupan pada 2007 dan 2010. - AFP

Berita Harian X