Rabu, 24 September 2014 | 11:02am
PERDANA Menteri India, Narendra Modi (kanan) bersama saintis melihat paparan grafik satelit India ke planet Marikh yang berjaya mengelilingi Planet Merah di Pusat Kawalan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India, hari ini. - Foto AFP

Satelit India berjaya kelilingi planet Marikh

NEW DELHI: Misi satelit India ke planet Marikh berjaya mengelilingi Planet Merah itu dalam percubaan pertamanya, kata Perdana Menteri, Narendra Modi.

"India berjaya sampai ke Marikh. Tahniah kepada semua, kepada seluruh negara...sejarah ditempa hari ini," kata Modi dari Pusat Kawalan Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India, di selatan India, hari ini. - AFP

Berita Harian X