Khamis, 4 September 2014 | 5:16pm
Wanita di Pakistan meraung kematian saudara mara mereka yang terbunuh dalam kejadian keruntuhan bumbung rumah berikutan hujan lebat di Lahore hari ini. - AP
Wanita di Pakistan meraung kematian saudara mara mereka yang terbunuh dalam kejadian keruntuhan bumbung rumah berikutan hujan lebat di Lahore hari ini. - AP

25 maut bumbung rumah runtuh selepas hujan

LAHORE: Sekurang-kurangnya 25 orang terkorban apabila bumbung rumah runtuh berikutan hujan lebat di sini hari ini.

Kejadian maut itu berlaku di Punjab, wilayah terkaya dan paling ramai penduduk manakala 13 orang terkorban di Lahore.

Pakistan mengalami banjir monsun sejak empat tahun lalu. Pada 2013, 178 orang terbunuh dan kira-kira 1.5 juta terjejas akibat banjir di seluruh negara.

Kerajaan dikritik kerana tidak mengambil langkah tambahan bagi mengurangkan bahaya yang berpunca daripada hujan monsun.

"Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dalam kejadian berasingan keruntuhan bumbung rumah di wilayah Punjab dalam tempoh 24 jam lalu," kata Jam Sajjad, jurucakap perkhidmatan kecemasan.

Katanya, mangsa termasuk wanita dan kanak-kanak dan 28 orang mengalami kecederaan. - AFP

Berita Harian X