Rabu, 12 Julai 2017 | 10:58pm

38 lagi kubur besar ditemui di Congo

KINSHASA: Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengenal pasti 38 lagi kubur besar di Kasai, Republik Demokratik Congo, menjadikan jumlah keseluruhan kubur ditemui sebanyak 80.

Semua kubur berkenaan dikatakan wujud sejak pemberontakan berlaku pada Ogos tahun lalu.

Jurucakap misi keamanan PBB di Congo berkata, kubur itu dikenal pasti ketika misi bersama penyiasat tentera Congo di barat Kasai, minggu lalu. - REUTERS

Berita Harian X