Khamis, 21 Ogos 2014 | 12:27pm
Calon presiden Parti Sosialis Brazil, Marina Silva. - Foto AP
Calon presiden Parti Sosialis Brazil, Marina Silva. - Foto AP

Calon baru ganti Campos dalam pemilihan presiden Brazil diumum

BRASILIA, Brazil: Parti Sosialis Brazil menamakan tokoh alam sekitar popular, Marina Silva sebagai calon presiden bagi menggantikan calon gandingannya, Eduardo Campos yang maut dalam nahas pesawat minggu lalu.

Kematian Campos mengubah landskap politik bagi pilihan raya Oktober hadapan. Daripada calon naib presiden, Silva kini dipilih sebagai calon presiden bagi menghadapi penyandang, Dilma Rousseff.

"Saya akan lakukan terbaik," kata Silva, bekas menteri alam sektar berusia 56 tahun selepas pengumumannya.

Sementara itu, ahli Parlimen Sosialis, Beto Albuquerque dipilih sebagai calon baru parti berkenaan untuk jawatan naib presiden. - AFP

Berita Harian X