Jumaat, 30 Jun 2017 | 11:03am

Hong Kong bebas 26 tahanan menjelang kunjungan Jinping

Presiden Xi Jinping.- Foto AFP
Presiden Xi Jinping.- Foto AFP

HONG KONG: Polis membebaskan 26 penunjuk perasaan pro demokrasi, sebelum kunjungan Presiden Xi Jinping sempena sambutan ulang tahun ke-20 penyerahan bandar raya itu daripada Britain kepada China.

Dalam satu kenyataan, polis berkata, semua 26 penunjuk perasaan itu dibebaskan dengan jaminan dan mesti melaporkan diri kepada polis, menjelang lewat September. Tiada butiran lanjut diberikan.

Sebelum itu, mereka ditahan kerana melakukan tunjuk perasaan membantah kunjungan Jinping.

Kelmarin, polis Hong Kong menahan penunjuk perasaan pro demokrasi termasuk ketua penunjuk perasaan yang juga pelajar, Joshua Wong selepas mereka memanjat monumen simbol penyerahan bandar itu.

Jinping semalam berkata, China akan berusaha memastikan masa depan cerah untuk autonomi Hong Kong, namun beliau berdepan penunjuk perasaan yang marah dengan anggapan campur tangan Beijing itu. - REUTERS

Berita Harian X