Selasa, 20 Jun 2017 | 11:26pm
PBB baru-baru ini mengatakan ia telah mendedahkan 17 kubur baru di Republik Demokratik Kongo - File foto Reuters
PBB baru-baru ini mengatakan ia telah mendedahkan 17 kubur baru di Republik Demokratik Kongo - File foto Reuters

Konflik Kongo ragut lebih 3,000 nyawa

KINSHASA: Lebih 3,000 orang terbunuh dalam tempoh lapan bulan akibat keganasan di wilayah Kasai, Republik Demokratik Kongo, lapor pihak gereja.

Menurutnya, kebanyakan mangsa maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan dan puak militia.

Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (MONUSCO), sebelum ini berkata lebih 400 orang maut, manakala kira-kira 1.3 juta penduduk meninggalkan rumah di wilayah Kasai.

Sebanyak 20 perkampungan musnah akibat pertempuran yang berlarutan sejak tahun lalu, selain penemuan 30 kubur besar.

Keganasan berlaku apabila Kamwina Nsapu, ketua puak di wilayah berhampiran sempadan selatan dengan Angola, mencabar kerajaan Presiden Joseph Kabila, yang dibalas dengan tindakan kekerasan oleh pasukan keselamatan. - AFP

Berita Harian X