Rabu, 14 Jun 2017 | 2:28pm

Macron pelawa Britain kembali kepada EU

MACRON (kanan) dan Theresa May pada sidang media di Elysee Palace, Paris. - Foto Reuters
MACRON (kanan) dan Theresa May pada sidang media di Elysee Palace, Paris. - Foto Reuters

PARIS: Presiden Perancis, Emmanuel Macron, mempelawa Britain terus kekal dalam Kesatuan Eropah (EU) selepas berbincang dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May.

"Pintu sentiasa terbuka untuk Britain selagi rundingan Brexit belum muktamad," kata Macron pada sidang media bersama May, di sini hari ini.

Bagaimanapun, Macron berkata, beliau menghormati keputusan majoriti rakyat Britain, yang mahu meninggalkan EU.

"Saya bukan mahu mempertikai keputusan mereka, tetapi selagi rundingan belum berakhir, sudah tentu ada jalan untuk kembali.

"Sebaik saja rundingan bermula, lebih sukar kepada Britain untuk kembali kepada EU," katanya.

Beliau mengulangi kenyataan Menteri Kewangan Jerman, Wolfgang Schaeuble, yang juga berkata Britain boleh menukar keputusan mengenai Brexit.

"Jika mereka mahu menukar keputusan sebelum ini, sudah tentu mereka boleh berbuat demikian, tetapi kemungkinan tidak begitu," kata Schaeuble kepada televisyen Bloomberg.

Sementara itu, May berkata, rundingan Brexit yang bermula minggu depan akan berlangsung seperti dijadualkan. - AFP/Reuters

Berita Harian X