Sabtu, 3 Jun 2017 | 3:41pm

37 cedera letupan di pasar raya Iran

TEHRAN: Satu letupan di sebuah pasar raya di Shiraz di selatan Iran, mencederakan 37 orang, lapor media Iran.

Punca kejadian masih disiasat.

Letupan di Hypermarket itu berlaku pada jam 12.45 pagi.

Agensi berita IRNA memetik ketua perkhidmatan perubatan kecemasan di Wilayah Fars sebagai berkata, tiada mangsa yang cedera dalam keadaan kritikal.

IRNA melaporkan letupan itu cukup kuat untuk didengar di sekitar Shiraz dan dinding pasar raya itu runtuh.

Ketua Jabatan Bomba Shiraz dipetik agensi berita Tasnim sebagai berkata, bangunan itu dikosongkan dan pakar sedang menyiasat punca kemalangan. - Reuters

Berita Harian X