Ahad, 21 Mei 2017 | 6:54am

Gempa bumi 5.7 magnitud landa Mexico

MEXICO CITY: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud menggegarkan barat daya Mexico, semalam, tetapi tiada laporan mengenai kecederaan dan kemusnahan diterima oleh pihak berkuasa.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak kira-kira 52 kilometer dari barat laut Cintalapa, Chiapas.

"Gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 143 kilometer," kata USGS dalam satu kenyataan.

Menteri Dalam Negeri Mexico menerusi mesej di Twitter berkata, tiada laporan kerosakan diterima setakat ini. - REUTERS

Berita Harian X