Ahad, 14 Mei 2017 | 3:57pm

Gempa bumi landa Iran, 2 maut

TEHRAN: Dua maut dan beratus cedera dalam gempa bumi berskala 5.7 Ritcher di sempadan Iran dan Turkmenistan.

Agensi berita ISNA yang memetik pusat seismologi Iran melaporkan, gempa bumi itu berlaku pada jam 6 petang (waktu tempatan) di Bojnurd, di utara wilayah Khorasan dan mengorbankan seorang wanita berusia 54 tahun dan remaja perempuan.

Katanya, lebih 370 orang lagi dilaporkan cedera dalam kejadian itu, yang turut memusnahkan kira-kira 40 peratus daripada keseluruhan kediaman di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa bumi dengan kekuatan 5.8 magnitud dengan kedalaman 12.5 kilometer.

Ia berpusat di kawasan yang terletak kira-kira 50 kilometer dari sempadan Turkmenistan. - AFP

Berita Harian X