Rabu, 10 Mei 2017 | 2:08am

Russia dalang pencerobohan komputer Macron: AS

GURU Agama Kem Tentera Syed Sirajuddin Koperal Mohd Hafhizuddin Mohd Halim mengucup mayat isterinya, Zubaidah Mahmood yang terbunuh dalam nahas membabitkan MPV dan van pekerja di Jalan Air Kuning-Batang Melaka, Gemencheh, semalam. Turut terbunuh anak pasangan itu Nur Rufaidah Izzati, 22 bulan dan pemandu van.

WASHINGTON: Ketua Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat, berkata Russia mendalangi pencerobohan komputer pasukan kempen Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Pegawai AS juga sudah memaklumkan kepada Perancis bahawa serangan siber sedang dilancarkan.

Pencerobohan komputer ke atas kempen Macron, beberapa jam menjelang pilihan raya pusingan kedua Ahad lalu menyaksikan beliau terpilih, membawa kepada pendedahan ribuan fail di atas talian.

"Kami menyedari aktiviti Russia. Kami bercakap dengan rakan sejawatan kami di Russia sebelum pengumuman mengenai peristiwa hujung minggu lalu dan memberikan amaran kepada mereka.

"Kami memerhati Russia, melihat mereka menyusupi beberapa infrastruktur. Ini apa yang kami lihat, apa perlu kami buat untuk cuba membantu," kata Laksamana Mike Rogers kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat.

Rogers tidak menyatakan jenis 'infrastruktur' yang terjejas. Katanya, agensi berhubung dengan badan sama di Britain dan Jerman menjelang pilihan raya di negara berkenaan lewat tahun ini. - AFP

Berita Harian X