Jumaat, 28 April 2017 | 4:27pm

Wanita mangsa rempuhan trak Sweden meninggal

LOKASI berlaku rempuhan trak 7 April lalu di Sweden. - Foto REUTERS
LOKASI berlaku rempuhan trak 7 April lalu di Sweden. - Foto REUTERS

STOCKHOLM: Pihak berkuasa Sweden berkata, wanita 60 tahun yang cedera dalam rempuhan trak 7 April lalu meninggal dunia hari ini, menjadikan angka kematian meningkat kepada lima orang.

Polis Sweden, dalam kenyataan, memaklumkan mangsa dirawat di sebuah hospital di selatan negara itu.

Seorang lelaki Uzbekistan, Rakhmat Akilov, 39, mengaku bersalah terhadap jenayah keganasan kerana merempuh trak ke arah orang ramai di kawasan pejalan kaki utama pusat membeli belah di tengah Sweden.

Polis tidak mendedahkan motif serangan dan tiada kumpulan pelampau mengaku bertanggungjawab.

Permohonan Akilov menjadi rakyat Sweden ditolak akhir tahun lalu namun polis berkata tiada sebarang petunjuk merancang melakukan serangan itu. - AP

Berita Harian X