Sabtu, 22 April 2017 | 9:02am

Julianna Margulies terbitkan kisah perang

GAMBAR fail, pelakon Julianna Margulies di Muzium Seni Moden di New York City menghadiri "The Good Wife" Finale Party, pada 28 April, tahun lalu. - Foto AFP
GAMBAR fail, pelakon Julianna Margulies di Muzium Seni Moden di New York City menghadiri "The Good Wife" Finale Party, pada 28 April, tahun lalu. - Foto AFP

PARIS: Pelakon Julianna Margulies merancang menerbitkan siri televisyen berdasarkan cerita wartawan wanita ketika Perang Vietnam.

Bintang 'Good Wife' berusia 50 tahun itu bekerjasama dengan tiga wanita lagi termasuk penulis dan pengarah untuk penerbitan pertamanya.

Siri yang belum diberi tajuk itu berdasarkan buku 'War Torn: Stories of War from Women Reporters Who Covered Vietnam.'

"Kami dalam pembikinan episod pengenalan dan sudah menjual siri itu," katanya dalam temubual di Festival Series Mania di Paris.

Margulies baru-baru ini menolak watak dalam drama 'The Good Fight', sekuel siri The Good Wife, yang menyaksikan wataknya kembali bertugas sebagai peguam selepas suaminya dipenjarakan kerana rasuah dan skandal seks.

"Saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Alicia Florrick (watak utama Good Wife) selepas tujuh musim melakukannya.

"Alicia tidak menunjukkan emosinya secara terbuka seperti saya. Saya pelakon dan wanita Yahudi yang keras kepala dan beremosi.

"Saya matang dengannya. Saya berpeluang mengharungi pengalamannya dan berubah dengannya. Saya sukakan cabaran melakonkan watak yang sangat berhati-hati," katanya.

Julai ini, Margulies akan melakonkan watak wanita Yahudi Syria yang mengubah pandangan mengenai hidup ketika mengharungi rawatan barah payudara peringkat akhir. - AFP

Berita Harian X