Khamis, 13 April 2017 | 10:24pm
GAMBAR fail, sebahagian pendatang yang menaiki bot di luar pantai Libya. - Foto Reuters
GAMBAR fail, sebahagian pendatang yang menaiki bot di luar pantai Libya. - Foto Reuters

97 hilang, bot karam di luar pantai Libya

TRIPOLI: Sekurang-kurangnya 97 pendatang dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki karam di luar pantai Libya hari ini, kata seorang jurucakap tentera laut.

Menurut mangsa yang terselamat, mereka yang hilang termasuk 15 wanita dan lima kanak-kanak, kata Jeneral Ayoub Kacem kepada AFP.

Pengawal Pantai Libya menyelamat 23 lagi pendatang dari beberapa negara Afrika di luar pantai Tripoli, tambahnya.

Berita Harian X