Khamis, 13 April 2017 | 8:24pm

Russia kecam AS terima Montenegro ahli baharu NATO

Senator Republikan Amerika Syarikat dari Arizona John McCain (kiri) berjabat tangan bersama dengan Menteri Pertahanan Montenegro, Predrag Boskovic semasa sidang akhbar di Villa Gorica di Podgorica, Montenegro. - Foto EPA
Senator Republikan Amerika Syarikat dari Arizona John McCain (kiri) berjabat tangan bersama dengan Menteri Pertahanan Montenegro, Predrag Boskovic semasa sidang akhbar di Villa Gorica di Podgorica, Montenegro. - Foto EPA

MOSCOW: Kementerian Luar Russia menyifatkan langkah Amerika Syarikat (AS) meluluskan penyertaan Montenegro sebagai anggota baharu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah 'satu kesilapan besar' yang mewujudkan perpecahan dalam Eropah.

Menurut kenyataan kementerian, keputusan Presiden Donald Trump untuk meluluskan penyertaan negara Balkan mencerminkan satu konfrontasi yang logik di benua Eropah sambil mencipta garis pemisah baharu.

"Kami anggap penyertaan Montenegro sebagai satu kesilapan besar, bercanggah dengan kepentingan rakyat di negara ini dan menjejaskan kestabilan di Balkan dan di Eropah secara keseluruhan," kata kenyataan itu.

Katanya, penyertaan itu memaksa Montenegro yang digelar sebagai 'boneka pertubuhan bukan kerajaan (NGO)' bekerja untuk mencipta ilusi sokongan rakyat bagi dasar berat sebelah pihak berkuasa Montenegro.

Penduduk di Montenegro di Laut Adriatik yang kebanyakan daripada bangsa ortodok Slav dan Moscow sudah lama menganggap mereka berada dalam kawasan berpengaruh.

Rabu lalu, Rumah Putih menuduh Moscow adalah dalang dalam satu cubaan rampasan kuasa ketika pilihan raya Montenegro, Oktober lalu yang menyaksikan sekumpulan warga negara Serbia dipenjarakan hujung bulan lalu.

Negara itu berharap untuk menjadi anggota NATO pada akhir tahun ini, sekali gus mengukuhkan kehadiran blok itu di Balkan seperti Greece, Croatia dan Albania yang sebelum ini menjadi anggotanya.

AFP

Berita Harian X