Sabtu, 8 April 2017 | 10:24pm

Polis Sweden tahan suspek warga Uzbekistan

STOCKHOLM: Polis Sweden hari ini menahan lelaki warga Uzbekistan disyaki pemandu trak yang bertindak ganas merempuh orang ramai di luar pusat beli-belah di sini, semalam.

"Kami mengesyaki lelaki yang ditahan berkenaan adalah pelakunya," kata jurucakap polis Stockholm, Lars Bystrom.

Serangan yang berlaku semalam menyebabkan empat maut dan 15 lagi cedera, sembilan daripadanya serius.

Pihak polis berkata mereka menahan lelaki yang 'padan dengan gambaran' foto yang disiarkan mengenai suspek memakai jaket tentera hijau.

Bystrom berkata, lelaki yang ditahan itu adalah orang yang sama dalam gambar.

SUSPEK yang menyebabkan empat maut dan 15 lagi cedera, semalam. - Foto Reuters
SUSPEK yang menyebabkan empat maut dan 15 lagi cedera, semalam. - Foto Reuters

LOKASI trak yang bertindak ganas merempuh orang ramai di luar pusat beli-belah di Stockholm, semalam. - Foto Reuters
LOKASI trak yang bertindak ganas merempuh orang ramai di luar pusat beli-belah di Stockholm, semalam. - Foto Reuters

Menurut akhbar Aftonbladet, individu dalam gambar itu ialah lelaki berketurunan Uzbekistan berusia 39 tahun yang juga penyokong militan Daesh.

Sementara itu, polis turut menemui peranti letupan dalam trak berkenaan, lapor televisyen Sweden semalam, memetik sumber polis.

Stesen penyiar SVT melaporkan, polis menemui beg mengandungi bahan letupan tetapi tidak dapat mengesahkan sama ia ditemui. - AFP/REUTERS

Berita Harian X