Jumaat, 7 April 2017 | 12:54pm

Trump komited kukuh hubungan dengan China

PRESIDEN Donald Trump meramalkan hubungan antara negara itu dan China 'akan bertambah baik' susulan pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping di pusat peranginan Mar-a-Lago di sini. - Foto AFP
PRESIDEN Donald Trump meramalkan hubungan antara negara itu dan China 'akan bertambah baik' susulan pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping di pusat peranginan Mar-a-Lago di sini. - Foto AFP

PALM BEACH: Presiden Donald Trump meramalkan hubungan antara negara itu dan China 'akan bertambah baik' susulan pertemuannya dengan Presiden Xi Jinping di pusat peranginan Mar-a-Lago di sini.

Trump sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan berbaur 'anti-China', namun menyambut mesra ketibaan Jinping di 'Rumah Putih Musim Sejuk' berkenaan.

"Kami sudah mengadakan perbincangan yang panjang lebar. Namun, setakat ini saya tidak mendapat apa-apa. Sama sekali tiada apa-apa.

"Bagaimanapun, saya dapat lihat dalam tempoh jangka panjang, kami akan mempunyai hubungan yang sangat, sangat baik dan amat menantikan saat itu," katanya sambil disambut dengan gelak ketawa oleh delegasi.

Pertemuan itu adalah yang pertama antara kedua-dua pemimpin itu, selepas Pilihan Raya Presiden tahun lalu. - AFP

Berita Harian X