BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata sokongan kepada 'mesej kuat dan jelas' yang dihantar menerusi kempen ketenteraan Amerika Syarikat di Syria sebagai tindak balas kepada serangan senjata kimia.
"Menerusi kata-kata dan tindakan, Presiden Donald Trump menghantar mesej kuat dan jelas hari ini bahawa penggunaan dan penyebaran senjata kimia tidak akan diterima.
"Israel menyokong penuh keputusan Presiden Trump dan berharap ini menjadi mesej nekad dalam menghadapi tindakan zalim rejim Presiden Bashar al-Assad bukan hanya dilakukan di Damsyik, tetapi juga di Iran, Korea Utara dan tempat lain," kata kenyataan pejabat Netanyahu. - AFP