Jumaat, 31 March 2017 | 10:21pm

Scotland mohon buat referendum minta merdeka

 KETUA Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Nicola Sturgeon. - Foto AFP
KETUA Parti Kebangsaan Scotland (SNP), Nicola Sturgeon. - Foto AFP

LONDON: Kerajaan Scotland hari ini secara rasmi memaklumkan Perdana Menteri Britain, Theresa May mengenai permintaan untuk mengadakan pungutan suara kedua berhubung kemerdekaan negara itu selepas Brexit.

"Saya menulis untuk mengadakan perbincangan awal antara dua kerajaan. Rakyat Scotland berhak menentukan arah dan masa depan sendiri," kata pemimpinnya, Nicola Sturgeon kepada May.

Sturgeon adalah ketua Parti Kebangsaan Scotland (SNP).

"Tidak ada alasan munasabah untuk menghalang keputusan Parlimen Scotland," antara yang ditulis dalam surat Sturgeon.

Beliau memberitahu sudah mengambil beberapa langkah yang perlu untuk melaksanakan pungutan suara kemerdekaan Scotland jika permintaannya tidak dilayan.

Selasa lalu, Parlimen Scotland mengundi untuk menyokong bagi mengadakan satu pungutan suara bagi membolehkan mereka kekal dalam EU. - AFP

Berita Harian X