KINSHASA: Polis Republik Demokratik Congo semalam menuduh pemberontak membunuh 39 pegawainya di wilayah bergolak Kasai.
Mangsa terbunuh dalam 'serangan hendap' awal Jumaat lalu dan dikebumikan dalam kubur besar oleh pejuang kepada pemimpin militia, Kamwina Nsapu di daerah Kananga dekat tengah Kasai, Republik Demokratik Congo, kata jurucakap polis dalam satu kenyataan. - AFP