Ahad, 26 March 2017 | 1:20am

Militan Kongo penggal 42 anggota polis

ANGGOTA polis Kongo. - Foto Reuters
ANGGOTA polis Kongo. - Foto Reuters

BENI: Kumpulan militan Kongo dilaporkan memenggal kepala 42 anggota polis selepas menyerang mereka di wilayah Kasai Tengah yang semakin bergolak dengan pelbagai insiden keganasan kebelakangan ini.

Presiden Kasai, Francois Kalamba, berkata serangan itu dilakukan anggota militan Kamwina Nsapu di antara banda Tshikapa dan Kananga, Jumaat lalu.

Menurut beliau, kumpulan militan berkenaan bagaimanapun membebaskan enam anggota polis kerana boleh bertutur bahasa tempatan, Tshiluba.

Militan Kamwina Nsapu mula melancarkan siri serangan ke atas pasukan keselamatan Kongo sejak Ogos tahun lalu apabila ketua mereka dibunuh pasukan berkenaan.

Keganasan yang semakin memuncak di Kasai hingga kini sudah mengorbankan 400 orang. - AP

Berita Harian X