Ahad, 12 March 2017 | 9:46pm

Tanah runtuh ragut 24 nyawa

PENDUDUK tidak dapat menahan sebak melihat mayat dikeluarkan daripada timbunan sampah dalam kejadian tanah runtuh di Addis Ababa, Ethiopia, hari ini. - Foto AP /Elias Meseret
PENDUDUK tidak dapat menahan sebak melihat mayat dikeluarkan daripada timbunan sampah dalam kejadian tanah runtuh di Addis Ababa, Ethiopia, hari ini. - Foto AP /Elias Meseret

ADDIS ABABA: Sekurang-kurangnya 24 terbunuh dalam kejadian tanah runtuh di tapak pelupusan sampah di pinggir bandar, dekat sini, kata jurucakap bandar kepada AFP, hari ini.

Kejadian menyebabkan 30 rumah musnah dan mencederakan 28 mangsa lain. Kebanyakan mereka adalah penghuni setinggan.

Ketua Biro Komunikasi Majlis Perbandaran Addis Ababa, Dagmawit Moges berkata, sebahagian besar mangsa adalah penduduk di kawasan tapak pelupusan sampah Koshe. - AFP

Berita Harian X