Ahad, 5 March 2017 | 10:11pm

Wanita berhimpun sokong Erdogan

BERIBU-RIBU wanita prokerajaan membanjiri sebuah stadium, hari ini, sebagai sokongan 'ya' terhadap pungutan suara bulan depan untuk mengukuhkan kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - Foto Reuters
BERIBU-RIBU wanita prokerajaan membanjiri sebuah stadium, hari ini, sebagai sokongan 'ya' terhadap pungutan suara bulan depan untuk mengukuhkan kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. - Foto Reuters

ISTANBUL: Beribu-ribu wanita prokerajaan membanjiri sebuah stadium, hari ini, sebagai sokongan 'ya' terhadap pungutan suara bulan depan untuk mengukuhkan kuasa Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sambil mengibarkan bendera Turki, ramai wanita melaungkan "Pastinya, Ya!" sebelum undian pindaan perlembagaan pada 16 April yang akan memberikan kuasa eksekutif kepada Presiden sama seperti sistem politik di Perancis dan Amerika Syarikat.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) Erdogan menjalankan kempen undi "Ya", sambil menyatakan perubahan itu akan membawa kepada kestabilan politik.

Undi itu lebih dilihat sebagai satu pungutan suara untuk Erdogan sendiri kerana pindaan itu akan membolehkan beliau kekal berkuasa sehingga 2029.

Pembangkang bagaimanapun berkata, perubahan itu akan memberikan kuasa meluas baharu kepada ketua negara, menjadikan parlimen tidak berfungsi dan cenderung kepada pemerintahan seorang individu. - AFP

Berita Harian X