Isnin, 27 Februari 2017 | 7:53am

Bintang Apollo 13, Bill Paxton meninggal dunia

AKTOR Hollywood, Bill Paxton.
AKTOR Hollywood, Bill Paxton.

LOS ANGELES: Aktor Hollywood, Bill Paxton yang dikenali menerusi lakonannya dalam filem Apollo 13 dan Titanic, meninggal dunia pada usia 61 tahun.

Jurucakapnya menerusi satu kenyataan hari ini berkata, pelakon serba boleh kelahiran Texas, Amerika Syarikat (AS) itu meninggal dunia selepas mengalami komplikasi pembedahan.

Walaupun kenyataan itu tidak menyatakan waktu kematian, majalah Rolling Stone berkata, pelakon itu meninggal dunia Sabtu.

Antara watak terawal Paxton adalah sebagai samseng dalam filem 'The Terminator' pada 1984, malah lakonan beliau sebagai Prebet Hudson dalam filem fiksyen sains 'Aliens' pada 1986 turut meninggalkan kesan. - AFP

Berita Harian X