Jumaat, 24 Februari 2017 | 7:06pm

Kanak-kanak digigit labah-labah paling berbisa

SYDNEY: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menerima 12 suntikan anti-venom selepas digigit seekor labah-labah paling berbisa di dunia, lapor media tempatan hari ini.

Matthew Mitchell sedang membantu ayahnya membersihkan bangsal di belakang rumahnya yang terletak di utara Sydney ketika jarinya digigit labah-labah jenis 'Funnel Web' yang merayap pada kasutnya.

"Serangga itu seperti tidak mahu melepaskan jari selepas menggigit dan saya tidak tidak dapat menepisnya," katanya yang memberitahu Daily Telegraph, hari ini.

Ketika di hospital, Mitchell mengalami sawan tetapi berjaya diselamatkan selepas menerima 12 suntikan anti-venom, rekod tertinggi di Australia menurut media tempatan.

Labah-labah Funnel Web antara serangga paling berbahaya di dunia. Racun daripada gigitannya boleh menyebabkan otot kejang dan membawa maut. - AFP

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menerima 12 suntikan anti-venom selepas digigit seekor labah-labah paling berbisa di dunia. - Foto hiasan
SEORANG kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun menerima 12 suntikan anti-venom selepas digigit seekor labah-labah paling berbisa di dunia. - Foto hiasan

Berita Harian X