Khamis, 23 Februari 2017 | 6:47am

Trudeau kekal beri lebih kuasa buat ejen sempadan AS

Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto Toronto Star
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau. - Foto Toronto Star

OTTAWA: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, mempertahankan rancangan memberi lebih kuasa kepada ejen sempadan Amerika Syarikat (AS) di negara itu.

Sebagai sebahagian perjanjian 2015 antara Kanada dan AS, kerajaan Trudeau memperkenalkan satu draf perundangan membolehkan ejen sempadan AS berpusat di Kanada menyoal dan memeriksa pelawat yang berhasrat memasuki AS.

Pengkritik berkata, ia meningkatkan peluang gangguan ketika pentadbiran Presiden Donald Trump melaksanakan tindakan keras ke atas pendatang, menyebabkan puluhan orang menyeberangi sempadan masuk ke Kanada setiap minggu.

"Undang-undang Kanada masih kekal, justeru ada perlindungan tambahan, yang mana rakyat Kanada perlu melalui pemeriksaan Kastam AS di negara ini," kata Trudeau kepada media.

Ejen sempadan AS sudah bekerja di Kanada sejak tahun 1950-an, memeriksa bakal pelawat dan menangani ancaman keselamatan potensi.

Mereka biasanya ditempatkan di lapan lapangan terbang Kanada dan mengikut perjanjian 2015, program akan dilanjutkan ke dua lagi lapangan terbang serta stesen kereta api Montreal. - AP

Berita Harian X