Ahad, 19 Februari 2017 | 8:25am

25 etnik Hutu dipancung militan Nande

GOMA, Republik Diplomatik Congo: Sekurang-kurangnya 25 orang awam dipancung kumpulan militan etnik Nande, di kawasan timur bandar ini, kata pegawai dan aktivis tempatan, semalam.

Jurucakap gabenor wilayah utara Kivu, Francis Bakundakabo berkata, 25 orang dibunuh dengan parang oleh Mai-Mai Mazembe dekat Kampung Kyaghala.

"Mereka dipancung hingga mati antara jam 4.00 dan 8.00 pagi dan semua mangsa adalah orang awam Hutu," katanya.

Seorang aktivis masyarakat tempatan, Hope Kubuya mengesahkan kejadian itu berkata, 24 mangsa dibunuh dengan parang manakala seorang wanita ditembak.

"Serangan oleh Mai-Mai Mazembe di kawasan perkampungan Hutu bakal mencetuskan konflik antara etnik di rantau ini," katanya.

Katanya, militan Mai-Mai Mazembe (Mempertahankan Diri) anggota kumpulan mewakili etnik Nande, Hunde dan Kobo kerap bertelingkah dengan pesaing dari kumpulan Nyaturu yang mewakili etnik Hutu. Kyaghala adalah tempat tinggal majoriti etnik Hutu.

Serangan terakhir di perkampungan itu pada Disember tahun lalu mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang awam dalam pertempuran membabitkan dua kumpulan etnik yang bermusuhan lebih setahun itu.

AFP

Berita Harian X