Isnin, 13 Februari 2017 | 7:25am
DAMIEN Chazelle dan Emma Stone bergambar bersama piala yang dimenangi dalam pesta filem Britain (BAFTA) di London, semalam. - Foto AFP
DAMIEN Chazelle dan Emma Stone bergambar bersama piala yang dimenangi dalam pesta filem Britain (BAFTA) di London, semalam. - Foto AFP

'La La Land' rangkul lima anugerah Bafta

LONDON: Filem muzikal Hollywood, 'La La Land', merangkul lima anugerah pada pesta filem Britain (BAFTA) semalam termasuk Pengarah Terbaik dan Aktres Terbaik, membuka jalan kepada peluang memenangi Oscar lewat bulan ini.

Menonjolkan zaman kegemilangan muzikal Hollywood itu, La La Land dinamakan Filem Terbaik, selain turut dianugerahkan Sinematografi Terbaik dan Muzik Asal Terbaik, pada majlis yang diadakan di Royal Albert Hall di London.

Menerima anugerah bagi Pengarah Terbaik, mengalahkan persaingan daripada Ken Loach dan Tom Ford, Damien Chazelle, berkata ia satu penghormatan hebat dan gembira berada di situ bersama-sama tenaga kerja filem berkenaan.

Watak utama, Emma Stone, yang memainkan watak pelakon meningkat naik dalam La La Land, menyentuh mengenai politik dalam ucapannya.

"Pada saat yang berpecah belah ini, saya berasa sangat istimewa kerana kita mampu bersatu pada malam ini, terima kasih kepada BAFTA dan meraikan yang positif," katanya.

Mengingati semula Zaman Kegemilangan Hollywood, La La Land, membawa pulang tujuh anugerah Golden Globe Januari lalu dan dicalonkan untuk 14 anugerah Oscar.

Sementara itu, pelakon Casey Affleck, diangkat sebagai Aktor Terbaik menerusi wataknya dalam 'Manchester By The Sea', menewaskan Ryan Gosling yang dicalonkan untuk filem La La Land. - AFP

Berita Harian X