Ahad, 12 Februari 2017 | 1:06pm

Washington sokong Tokyo susulan ujian peluru berpandu Korea Utara

RAKYAT Jepun menonton sidang media DONALD Trump (kanan) dan Shinzo Abe ketika mengulas pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara. -Foto AP
RAKYAT Jepun menonton sidang media DONALD Trump (kanan) dan Shinzo Abe ketika mengulas pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara. -Foto AP

WEST PALM BEACH, Amerika Syarikat: Presiden Donald Trump semalam memberi jaminan bahawa Jepun akan menerima sokongan penuh AS susulan pelancaran peluru berpandu balistik oleh Korea Utara.

"Saya hanya mahu semua orang memahami dan tahu sepenuhnya bahawa Amerika Syarikat berdiri di belakang Jepun, sekutu besarnya, 100 peratus," kata Trump pada sidang akhbar bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Pemimpin Jepun itu mengecam ujian berkenaan dan menyifatkannya sebagai "tidak boleh diterima."

"Korea Utara mesti mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PPP," kata Abe.

Kedua-dua pemimpin itu bercakap selepas menghabiskan masa seharian bersama-sama di resort mewah Mar-a-Lago milik Trump di Florida, bermain golf dan makan malam bersama isteri masing-masing.

Jumaat lalu, kedua-dua pemimpin bertemu di Rumah Putih dan berikrar mengukuhkan lagi hubungan AS-Jepun. - AFP

Berita Harian X