Rabu, 8 Februari 2017 | 4:42pm

Tiada rundingan Brexit jika Parlimen tolak

 THERESA May. - Foto AFP
THERESA May. - Foto AFP

LONDON: Britain tidak akan meminta rundingan semula dengan Kesatuan Eropah (EU) jika perjanjian Brexit yang dipersetujui bersama ditolak Parlimen.

Ia serentak dengan kejayaan barisan menteri mengenepikan percubaan untuk memberi kuasa yang lebih besar kepada penggubal undang-undang mengenai terma dalam peringkat akhir perjanjian itu.

Keputusan adalah susulan kepada pendirian Perdana Menteri, Theresa May sebelum ini yang menolak sebarang perjanjian jika ia tidak membawa manfaat kepada Britain.

Pada masa sama, Parlimen pula membahaskan undang-undang yang bakal memberikan beliau kuasa untuk memulakan perjanjian keluar itu bersama EU.

Langkah itu menimbulkan persoalan kepada segelintir anggota parlimen, apakah undi mereka itu hanya satu 'simbolik kegagalan' untuk memaksa May kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan apa dipanggil 'hard Brexit' daripada berlaku.

Ditanya sama ada kerajaan akan membuka semula rundingan jika perjanjian itu ditolak Parlimen, Menteri Brexit, David Jones berkata: "Saya tidak melihat ada yang lebih lemah selain daripada menghantar semula kerajaan untuk melanjutkan rundingan bersama EU. Atas sebab ini, saya tidak boleh bersetuju dengan perkara berkenaan." - REUTERS

Berita Harian X