Khamis, 2 Februari 2017 | 11:37am

Hillary Clinton rawat kekalahan dengan tulis buku

PEMANGKU Peguam Negara, Sally Yates. - Foto Reuters
PEMANGKU Peguam Negara, Sally Yates. - Foto Reuters

NEW YORK: Bekas calon presiden Parti Demokratik, Hillary Clinton merawat kekalahan mengejut terhadap pencabarnya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan menghasilkan buku mengesahkan kehidupannya, keperitan ketika berkempen pada 2016 dan masa depan.

Syarikat penerbitan Simon and Schuster berkata, ketika ini buku yang masih belum diberi judul itu bakal diterbitkan pada musim luruh dan ia hasil ilham dari petikan kata-kata kegemaran bekas setiausaha negara selama sedekad yang dikumpul.

Clinton jarang dilihat umum sejak kalah pada November lalu di tangan Trump yang memusnahkan harapan beliau untuk menjadi wanita pertama mengetuai negara paling berkuasa di dunia.

"Petikan kata-kata ini meraikan saya ketika gembira, ketawa, keadaan luar jangkaan, tabah waktu sukar dan meningkatkan rasa penghargaan sepanjang hidup," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan syarikat itu.

Sebelum ini, Clinton pernah mengarang lima buah buku antaranya, 'Hard Choices' diterbitkan pada 2014, 'An Invitation to the White House' dan 'It Takes a Village' semuanya diterbitkan Simon and Schuster.

Edisi luar negara bakal diterbitkan di Australia, Britain, Kanada dan India. Karangan terbaharu itu bakal diterbitkan dalam bentuk format buku-audio. - AFP

Berita Harian X