gn4id:18688083
ADEN: Lebih 100 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara pemberontak Syiah dan tentera kerajaan Yaman dalam tempoh 24 jam lalu.
Sumber perubatan dan tentera memberitahu, sekurang-kurangnya 90 mayat pemberontak Houthi dibawa ke hospital di bandar Hodeida manakala mayat 19 tentera kerajaan dibawa ke bandar pelabuhan Aden.
Siri pertempuran antara kedua-dua pihak meletus di sekitar pekan Mokha sejak awal tahun. - AFP