Sabtu, 28 Januari 2017 | 11:23pm

Aktor John Hurt meninggal dunia

AKTOV veteran British, John Hurt. - Foto Reuters
AKTOV veteran British, John Hurt. - Foto Reuters

LONDON: Aktor veteran British yang pernah dicalonkan anugerah Oscar, John Hurt, meninggal dunia hari ini pada usia 77 tahun akibat kanser pankreas.

Hurt yang terkenal dengan watak Ollivander dalam filem 'Harry Potter and the Philosopher's Stone' serta dua lagi siri filem sama turut membintangi filem adaptasi novel George Orwell pada 1984.

Beliau turut memegang watak Kane dalam filem "Alien".

Aktor itu pernah dua kali dicalonkan Oscar, sekali untuk kategori pelakon pembantu terbaik menerusi watak Max dalam filem "Midnight Express" pada 1978 dan watak utama filem "Elephant Man" dua tahun kemudian.

Hurt menerima anugerah BAFTA dalam filem "Midnight Express" serta satu anugerah Golden Globe bagi kategori aktor terbaik untuk watak pembantu.

Kematian beliau disahkan agensi media British, PA oleh ejennya, Charles McDonald. - Agensi

Berita Harian X