Selasa, 24 Januari 2017 | 1:59am

Trump keluarkan AS daripada perjanjian TPP

PRESIDEN Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). - Foto www.yahoo.com
PRESIDEN Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada rundingan Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). - Foto www.yahoo.com

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk Amerika Syarikat (AS) secara rasmi menarik diri daripada perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Trump dengan itu menunaikan janji kempennya untuk membatalkan perjanjian itu yang disifatkan beliau sebagai membunuh pekerjaan dan menodai kepentingan negara itu.

"Sudah lama kita bercakap mengenai perkara perkara ini," katanya selepas menandatangani arahan itu di Pejabat Oval pada Isnin.

Beliau menyifatkan arahan itu sebagai "perkara terbaik untuk golongan pekerja Amerika".

Memulakan minggu penuh pertamanya dalam jawatan itu, Presiden Amerika Syarikat ke-45 terbabit sudah mula pelbagai polisi dengan menandatangani pelbagai arahan eksekutif termasuk yang berkaitan TPP.

TPP dianjurkan Washington dan dimeterai 12 negara pada 2015. Namun TPP masih belum dilaksanakan dan tindakan Amerika Syarikat menarik diri dijangka menamatkan terus riwayat pakatan perdagangan itu yang merangkumi 40 peratus daripada ekonomi dunia.

Negara peserta termasuk Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Brunei. - AFP

Berita Harian X