Ahad, 22 Januari 2017 | 10:00pm

Netanyahu, Trump akan bincang konflik Asia Barat

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto EPA
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. - Foto EPA

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, akan menelefon Donald Trump buat kali pertama sejak hartawan itu mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS).

Netanyahu bercadang berbincang dengan Trump berhubung konflik di Palestin, Syria dan ancaman Iran sebelum mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Trump berikrar memberi sokongan kuat kepada Israel dan berjanji ketika kempennya untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara Zionis itu walaupun statusnya dipersoalkan. - AFP

Berita Harian X