Sabtu, 21 Januari 2017 | 10:25pm

Remaja bunuh budak 9 tahun, potong badan dan minum darah

REMAJA lelaki berusia 16 tahun ditahan atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, di utara daerah Punjab. - Foto www.inuth.com
REMAJA lelaki berusia 16 tahun ditahan atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, di utara daerah Punjab. - Foto www.inuth.com

LUDHIANA, India: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan atas tuduhan membunuh seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, di utara daerah Punjab, lapor polis hari ini.

Menurut polis, suspek memotong badan mangsa kepada enam bahagian dan meminum darahnya, sebelum mencampakkan mayat ke kawasan tidak diduduki di bandar Dugri.

Deepu Kumar dilapor hilang pada Isnin lalu dan mayatnya ditemui sehari kemudian.

Suspek dan mangsa adalah anak kepada pendatang yang bekerja sebagai buruh dan tinggal berjiran.

Polis berkata, selepas membunuh kanak-kanak itu, suspek yang masih bersekolah, pulang ke rumah dan berkelakuan seperti biasa, malah memasak untuk bapanya kerana ibunya tiada di rumah.

Polis menahan suspek, yang kemudian mengaku membunuh kanak-kanak itu. - AGENSI

Berita Harian X