Sabtu, 21 Januari 2017 | 7:20am

Obama, Michelle bercuti di California

BEKAS Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle, berjalan untuk menaiki Special Air Mission 28000, Boeing 747 yang berfungsi sebagai Air Force One, di Joint Base Andrews, Maryland, A.S. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berlepas dari ibu kota Amerika Syarikat untuk menikmati percutian singkat di California bersama isterinya, Michelle, selepas menyerahkan kuasa kepada penggantinya, Donald Trump.

"Demokrasi kita bukan bangunan. Ia bukan tugu. Ia sebenarnya kamu semua," katanya kepada penyokong sejurus sebelum berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Andrews di Maryland, di luar Washington.

Bekas presiden itu menuju ke Palm Springs, California untuk berehat selepas menamatkan tempoh lapan tahun di Rumah Putih. - AFP

Berita Harian X