Sabtu, 21 Januari 2017 | 7:10am

Senat AS sahkan Mattis setiausaha pertahanan

JAMES Mattis. - Foto REUTERS
JAMES Mattis. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat sebulat suara memilih jeneral bersara pasukan Marin, James Mattis sebagai Setiausaha Pertahanan bagi Presiden Donald Trump.

Pengesahan pelantikan Mattis adalah tindakan pertama diambil anggota senat selepas Trump mengangkat sumpah.

Pemilihan Mattis ke kabinet tidak menjadi kontroversi berbanding beberapa calon pilihan Trump yang lain. - AFP

Berita Harian X