Jumaat, 13 Januari 2017 | 10:13pm
Jabatan Polis New York. - Gambar hiasan
Jabatan Polis New York. - Gambar hiasan

Budak 12 tahun acu pistol minta "nugget" ayam

NEW YORK: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun didakwa mengacu pistol ke arah seorang budak perempuan kerana mahukan sekeping "nugget" ayam, kata polis New York.

Kejadian itu berlaku di sebuah cawangan kedai makanan segera di Harlem, Selasa lalu.

Menurut polis, budak lelaki itu mengekori mangsa ke stesen kereta api bawah tanah dan mengacu senjata itu pada kepalanya apabila dia enggan menyerahkan nugget ayam itu.

Mangsa menepis pistol itu dan segera menaiki kereta api. Budak lelaki itu ditahan polis tidak lama kemudian, tetapi polis tidak menemui sebarang senjata padanya, kata polis.

Bagaimanapun, budak lelaki itu dibebaskan kelmarin dan kes itu diserah kepada mahkamah keluarga. - AGENSI

Berita Harian X