X
Ahad, 8 Januari 2017 | 10:26am
SEJUMLAH 19,563 perkahwinan dan 5,942 perceraian direkodkan di Jeddah tahun lalu, menurut statistik yang dikeluarkan Mahkamah Status Peribadi di bandar ini. - Foto hiasan
SEJUMLAH 19,563 perkahwinan dan 5,942 perceraian direkodkan di Jeddah tahun lalu, menurut statistik yang dikeluarkan Mahkamah Status Peribadi di bandar ini. - Foto hiasan

19,563 berkahwin, 5,942 bercerai di Jeddah tahun lalu

JEDDAH: Sejumlah 19,563 perkahwinan dan 5,942 perceraian direkodkan di sini tahun lalu, menurut statistik yang dikeluarkan Mahkamah Status Peribadi di bandar ini.

Ketua mahkamah itu, Saad Bin Nasser Al-Suwaig berkata 847 perceraian itu membabitkan khula atau hak seorang wanita untuk berpisah selepas memulangkan mas kahwin dan hak-hak kewangan lain kepada suami dan tiga perceraian kerana ketidakupayaan suami memenuhi perbelanjaan isteri-isteri mereka.

Dalam satu kenyataan kepada akhbar Al-Madina, Al-Suwaig berkata sejumlah 11,133 perceraian membabitkan pasangan Arab dan 6,827 pasangan bukan Arab.

Presiden mahkamah itu berkata, 2,544 kontrak perkahwinan dibatalkan atas pelbagai sebab termasuk 18 kes berlaku curang atau perlakuan berbahaya lain.

Menurut Al-Suwaig, 308 pegawai diberi tanggungjawab untuk menjalankan perkahwinan di Jeddah. Namun, presiden mahkamah mempunyai kuasa untuk menarik balik lesen mana-mana pegawai perkahwinan sekiranya mereka didapati melanggar peraturan.

Katanya, antara pelanggaran yang mungkin dilakukan termasuk tidak melakukan ujian perubatan pra perkahwinan, kegagalan mengikut prosedur ditetapkan undang-undang dan merekodkan maklumat tidak betul. - Agensi

Berita Harian X