Jumaat, 6 Januari 2017 | 6:27am

Netanyahu disoal kali kedua siasatan terima hadiah

BENJAMIN Netanyahu.- Foto Reuters
BENJAMIN Netanyahu.- Foto Reuters

BAITULMAQDIS: Polis menyoal Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu buat kali kedua semalam sebagai sebahagian daripada penyiasatan sama ada beliau menerima hadiah daripada ahli perniagaan, kata polis.

Kenyataan berkata, penyiasat menyoal Netanyahu selama lima jam di kediamannya di sini sebagai sebahagian daripada penyiasatan rasuah itu, kali kedua dalam tempoh empat hari.

Polis dalam kenyataan berkata, sesi berkenaan turut membabitkan perkara lain dan seorang suspek kedua turut disoal dalam beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, pejabat Netanyahu enggan memberikan sebarang ulasan.

Peguam Negara, Avichai Mandelblit berkata, Netanyahu disyaki menerima hadiah daripada ahli perniagaan. Beliau memberikan beberapa maklumat lain.

Media Israel melaporkan perdana menteri itu menerima berpuluh ribu dolar dalam bentuk hadiah.

Beliau sudah disoal pada Isnin selama tiga jam.

Penyiasatan itu menggoncang kancah politik negara berkenaan dan mencetuskan persoalan sama ada Netanyahu, 67 dan kini dalam penggal keempat sebagai perdana menteri, kemungkinan dipaksa meletak jawatan. - AFP

Berita Harian X