Khamis, 29 Disember 2016 | 9:17pm

50 maut banjir besar di Congo

Banjir di Congo mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terkorban. - Foto http://www.skynews.com.au/
Banjir di Congo mengakibatkan sekurang-kurangnya 50 orang terkorban. - Foto http://www.skynews.com.au/

KINSHASA: Sekurang-kurangnya 50 orang terkorban dan beribu-ribu lagi kehilangan tempat tinggal akibat banjir di Congo selepas hujan lebat.

Menurut gabenor wilayah, hari ini, kejadian itu menyebabkan paras air di sungai melimpah keluar sehingga tebingnya pecah di barat daya negara Afrika itu.

Hujan lebat berterusan turut menyebabkan Sungai Kalamu mengalir melalui bandar Boma ke dalam Sungai Congo dan melimpah selama dua jam.

Air kemudiannya surut dan menghanyutkan mangsa merentasi sehingga sempadan Angola.

Banjir turut melanda beberapa bahagian di bandar pelabuhan Atlantik, Republik Demokratik Congo (DRC), menyebabkan ia diliputi lumpur sehingga semeter.

Usaha mencari mangsa sedang dilakukan dengan menggali keluar mayat yang kemungkinan tertimbus. - AFP

Berita Harian X